Monday, September 24, 2018

PT3 TIPS

Hi Assalamualaikum! Sebab pt3 dah tak lama harini aku nak share sikit personal tips aku yang mungkin korang boleh cuba.

1)RESPECT
-ok benda ni aku percaya gila serius. Sebab nak ilmu berkat kena lah respect cikgu cikgu awak. Tak lupa jugak respect ibu bapa awak, keberkatan dan doa daripada diorang penting. Selalunya sebelum pt3, akan ada majlis restu kan? Make sure you grab the chance given untuk salam peluk minta maaf nangis nangis semua hahaha thats literally what I did sebab aku sedar diri aku banyak buat salah kat cikgu cikgu. 

2)ALLAH
-jaga hubungan yang sangat baik dengan Maha Esa. Siapa yang bagi awak ilmu? Bagi akal? Allah kan? So kenapa nak berlagak? Kenapa tak nak solat, taknak doa? Sebab rasa diri tu dah bagus sangat? Rajin rajin doa, buat solat hajat, baca yassin. Jangan tunggu program sekolah je, buat sendiri ok? Kalau tak reti, boleh google. Rajinkan diri bangun tahajud, berzikir, selawat, baca alquran barula hati tenang dada lapang.

3)GENERAL 
- ok untuk general ni aku nak share secara random je. First, aku banyak attend extra classes. Alhamdulillah cikgu aku semua rajin, selalu buat kelas untuk kitorang so aku memang pergi kelas tu je pagi petang siang malam. Gittew! Hahaha. Aku tak pergi tuition berbayar sebab who needs one when your cikgu cikgu rajin hm sayangggg banyak banyak! Kalau cikgu buat kelas, pergi la ok? Jangan skip unless you ada masalah tak dapat elak. Sakit sikit pun try pergi jugak sebab rugi tauuu tak pergi. Kedua, banyakkan bertanya. Aku macam menyesal gak ah sebab dulu aku tak banyak tanya kat cikgu, selalu buat senyap je huhu jangan contohi aku!! Sebab cikgu suka sebenarnya kalau awak tanya tanya dan tolongla jangan jadi "curious cat". Apa apa je tak faham terus tanya!! jangan peram lama lama sangat kang basi terus lupa pulak nak tanya apa. 

Ketiga, nota sendiri. Yesss ni penting gak. Buat your own small notes comel2 and ringkas2 pastu kecik so that senang nak bawak gi mana mana. Buat pocket size kalau boleh, pastu sambil tunggu makanan kalau kat kedai makan tu boleh baca gak, selit je dalam bag awak tu. Guna pen yang warna warni sikit barula semangat nak baca pastu takdala mengantuk!! Dalam nota tu make sure awak tulis important points je jangan salin the whole text book pulak memang tak muat la cerita dia hahahah. 

Keempat, masa. Ha yang ni korang kena pandai manage betul betul. Jangan sia sia kan masa yang berbaki sebelum exam tuu dengan benda lagha je. Guna betul2, nanti lepas exam takde la menyesal meratapi nasib la bagai. Cari masa yang sesuai untuk korang study. Kenali diri awak dulu, tahu awak ni jenis macam mana. Kalau tahan stay up, then stay up. Kalau tak biasa jangan buat kang merana woii. Nanti takut tak boleh fokus pulak sbb mengantuk ke apa. Bangun awal pagi untuk tahajud pastu study kalau boleh sebab waktu tu around 5 am- 9am otak tengah active. 

3) MATH SAINS
-alright untuk sains you have no choice but to memorize all the important points. semua benda la ok? Sebab dia fakta, bukan boleh hentam ajoo. Hafal pasal eksperimen semua tu dan banyakkan latihan ok. Exercises helps you memorize better! Untuk maths, make sure korang faham concepts of every single chapters. Hafal formula  dengan cara nak jawab tu sekali. Yang math ni awak takleh buat apa selain banyakkan latihan. Please buat latihan banyak. Jangan jadi macam aku ni hahahaha. Buat hari hari atleast 1 jam sehari. Soalan math berulang je wak. 

4) BM BI
-untuk yang ni hm aku rasa banyakkan tanya cikgu kot. Tanya la cara nak jawab untuk essay tu. Mintak cikgu korang share tips jawab soalan essay. Takpun, korang buat essay kat rumah pastu pergi sekolah tunjuk kat cikgu suruh tlg checkkan. Beli buku "contoh essay" yang berlambak kat book store tu pastu baca la eh jangan peram je pulak. Untuk lisan pulak, banyakkam baca isu semasa. InshaAllah lisan ni okay je. Banyakkan zikir sebelum masuk bilik ujian tu. 

5)PI
-yang ni, korang kena hafal jugak. Hafal segala yang penting, yg fakta tu semua. inshaAllah onz jela kalau awak hafal. Untuk kbat, tolong jangan melalut, jawab apa yang dia nak je. 4 markah tu korang bagi 1 isi , 1 huraian, 1 huraian lengkap,  1 kesimpulan. Pi ni sesuai la awak buat notes. Lepastu make sure lancar hafazan sebab tu boleh backup markah awak, ala ala markah bonus sebab jawapan dah ada tinggal isi je kan. Untuk jawi pun rajinkan buat latihan lepastu bagi cikgu awak tolong tandakan.

6)KHB
- yang ni berbeza beza kan . Ha macam aku dulu aku ambik ERT which is bagi aku bestttt sebab dia more to pengetahuan am gak ah. Macam mak mak gitu tauuu waktu belajar ert ni, best sangat part masak tu. Tapi part jahit sumpah aku terokk hahahah. Untuk khb ni awak wajib hafal. Macam sains, pi, khb ni tak boleh nak kelentong. Fahamkan setiap chapter dan rajin jawab soalan soalan. Khb ni banyak soalan berulang je dan dia takda kbat sangat kan. Hafal nama alat dalam bengkel, nama bahagian dekat mesih jahit, kaedah masak ha semua lah! Shout out dekat senior aku sebab bagi aku buku rujukan dengan buku latihan ERT waaa nangis!! Awak beli lah, tak rugi tau. Tak guna nanti, pass dekat adik atau junior.

7) SEJ GEO
-Untuk yang ni, aku tak perlu hurai kot huhu. aku dulu pun ikut cakap cikgu je, apa cikgu suruh aku buat. Pergi interview, buat jadual, buat latar, buat karangan dia tu. Lepastu kalau dah siap satu item, tolong lah bagi cikgu cek dulu, boleh betulkan kesalahan. Taknak tangguh tau nanti bertambah kerja. Jangan rasa diri cukup hebat, taknak bagi  cikgu cek, kang merana tahuuuu! Hahahahah! InshaAllah yang ni boleh score A. Oh jangan lupa buat all out waktu presentation. Boleh back up markah kat situ. Faham projek apa awak buat so boleh terang macam macam ikut kefahaman awak sendiri.

Okkk aku rasa ni je kot tips yang aku boleh share. Tapi sorry adik adik sebab aku lambat post huhu. Belum terlambat lagi nak study, ada masa ni tolong guna sebaiknyaa. Kalau ada apa apa lagi, nanti aku tambah. Rajin rajin la check blog aku, ajak member sekali. Ehhhh! Hahahah.

Awak boleh je comment kat bawah kalau ada soalan apa apa. Ingat, jangan jadi curious cat! Tanya je InshaAllah aku jawab. Restu cikgu dengan ibu bapa penting, latihan pun banyakkk penting. Banyakkan doa tau. Zikir dan selawat sementara nak dapat paper exam tu.

Tinggalkan phone sekejapp je, tak lama dah ni. Lepastu nak main sampai pengsan pun boleh. Nanti jangan lupa mintak SBP, MRSM apa semua tu. Mana tau rezeki awak, try je mintak ok. But as for now, tak payah fikir lagi tahun depan nak masuk KV ke course apa ke sbp ke mrsm ke. Takpayah! Fokus!

Habis satu paper jangan fikir dah, fikir pasal paper yang akan datang tu pulak. Tolong fokus ok, jangan fikir benda lagha lain. Ni lah sikit pengalaman pt3 aku huhu.

Lahai banyak pulak aku bebel, kerja lain tak siap lagi ni. Rajin tau aku type berjela demi korang kahkah! Share info yang mana korang rasa bermanfaat dengan kawan kawan. Sharing is caring gittew. Lagi satu, jangan kedekut ilmu la woii!

Lastly, I wish you all the best for the upcoming pt3. Be the best among the best! Every effort counts and remember prayer is the bridge between you and Allah. Everything will be absolutely fine. Break a leg everyone!! Sending you tremendously lots of love <3

Till next time,
Nana (25 September 2018)

Saturday, September 15, 2018

my very first entry !

Hi Assalamualaikum. Bismilah to my very first entry. Welcome to this blog semuanya! Wah mixed feelings  aku sekarang ni haha excited betul! Been wanting to have my own blog for so long. Finally harini (15 September 2018, Sabtu) aku buat blog untuk diri sendiri. Totally gonna mark this date on my calendar! Kenapa aku nak ada blog sendiri? Sebabnya aku boleh cerita segala masalah aku ke ups and downs kehidupan aku ke apa apa jelah. Blog ni surely akan jadi tempat aku merepek ee tasabar! Hahaha! Meh la aku introduce sikit pasal aku huhu. Nama aku nana. Umur aku dirahsiakan dan cita cita aku nak jadi ticer. Kalau orang lain teringin nak jadi doktor apa semua tapi aku tak. Aku prefer kerja office atau kerja yang aku boleh educate orang. Aku paling suka terperuk dalam bilik tapi suka travel jugak tau. Nanti nanti aku boleh buatkan food review untuk korang. Hotel review pun boleh sis hehe. Tadi macam banyak benda nak tulis tapi tiba tiba lupa pulak hahahaha alahai. Rasanya sampai sini dulu la eh. Ee geram je haku boleh pulak lupa nak tulis pasal apa. So hopefully this is a good start for my very own blog. Heres to many more years of blogging. Hehe

Till next time, 
Nana (15 sept 2018)